Sunday 8 April 2012

HAPUS PTPTN?


Isu PTPTN sekarang menjadi isu politik. Maklumlah pilihanraya semakin hampir. Ada yang menuntut agar hutang PTPTN ini dihapuskan kepada pelajar dan seronoklah pelajar-pelajar yang belum lagi membayar hutang tersebut. Bagi yang sduah melunaskan hutang tersebut, maka bermasam mukalah mereka jika PTPTN dihapuskan. Bagi penulis, jika dikatakan pinjaman, perlulah seseorang itu membayarnya balik. Penulis rasa generasi hari ini sangat mudah mendapat duit tidak seperti orang dahulu yang terpaksa bergadai tanah, barang kemas dan berhutang sana sini semata-mata menghantar anak ke Universiti. Mereka-mereka ini menjadi orang yang menghargai ilmu kerana mereka ingat pengorbanan ibu bapa mencari wang untuk mereka. Berbanding pelajar sekarang yang serba serbi mewah dan mendapat pinjaman malah biasiswa, mereka sangat tidak menghargai ilmu. Asalkan dapat belajar sudah..lepas tu tidak dapat kerja dan hutang pinjaman PTPTN menjadi beban. kalau dah pinjam kenalah bayar balik. Soal menghapuskannya kita perlu kaji lebih mendalam atau kurangkan bebanan. Baca sini...

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online