Sunday 18 March 2012

TELEFON BIMBIT BERI KESAN BURUK KEPADA BAYI


Selama ini kita tidak didedahkan dengan keburukan penggunaan telefon bimbit kepada semua. Namun begitu, kajian yang dilakukan oleh sebuah universiti di barat telah mengatakan bahawa telefon bimbit boleh memberi kesan buruk kepada bayi. Berita penuh;

LONDON - Bakal ibu diingatkan bahawa penggunaan telefon bimbit secara kerap bakal mengundang masalah tingkah laku bayi selepas ia dilahirkan.

Pakar dari Universiti Yale menyarankan wanita hamil mengehadkan penggunaan telefon bimbit bagi mengelakkan bayi terdedah kepada radiasi secara berlebihan.

Hasil eksperimen yang dijalankan mendapati radiasi daripada telefon bimbit mampu memberi kesan terhadap perkembangan otak anak, menjadikannya terlalu aktif dan melemahkan ingatan.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online