Saturday 3 March 2012

LEYA BERCERAI


Pelakon dan pengacara terkenal dikatakan telah bercerai secara baik dengan suaminya. Kita tidak pernah dengar pergolakan yang berlaku dalam rumahtangga mereka walaupun kedua-duanya artis. Jadi, bagi artis-artis yang lain boleh mencontohi Aleya dan suaminya dalam menangani masalah rumahtangga. Sedikit petikan daripada akhbar Metro:

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyampai radio popular Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau Leya, 30, mengakui sudah bercerai dengan suaminya, pemuzik, Muhammad Ashraf Aasimudin (Ashraf), 32, Rabu lalu.

Pasangan itu berpisah selepas kedua-dua pihak mengadakan perbincangan. Muhammad Ashraf melafazkan cerai talak satu terhadap Leya di Mahkamah Syariah Subang Suria, Subang. Bagaimanapun, ketika dihubungi semalam, pasangan ini enggan mengulas punca perceraian mereka kerana ia terlalu peribadi dan mahu ia menjadi rahsia. Baca seterusnya


2 Comments:

Ayu said...

Alahai artis ni, bercerai berai senang2 je,tak fhm btl lar.

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

Adalah tu...kita tak tahu apa masalahnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online