Saturday 10 March 2012

BUDAK TERCEDERA KACA TERTUSUK PAHA


Kejadian yang mengerikan berlaku di Jeti Kuala Kedah apabila sebuah keluarga ingin bercuti ke Pulau Langkawi sempena cuti sekolah. Petikan berita tersebut;
LOR SETAR 9 Mac - Cuti persekolahan baru bermula esok namun sebuah keluarga dari Petaling Jaya, Selangor berhadapan kejadian menyedihkan ketika baru memulakan percutian mereka di Pulau Langkawi, awal pagi ini.

Ini kerana, salah seorang anggota keluarga itu cedera parah di paha kanan akibat tertusuk dinding cermin di Jeti Kuala Kedah hari ini.

Foong Chun Yuan, 5, dikatakan mahu ke kaunter tiket di jeti berkenaan selepas keluar dari bilik air di kawasan ruang menunggu sebelum terlanggar cermin itu kira-kira pukul 5.45 pagi.

Menurut bapanya, Foong Kwok Mun, 40, anaknya mungkin tidak perasan cermin kaca tersebut yang memisahkan kaunter tiket dengan ruang menunggu lalu terlanggar kerana ketika itu suasana samar ekoran lampu belum dibuka sepenuhnya.

"Akibat tertusuk kaca itu, paha anak saya mengalami banyak pendarahan dan terpaksa dikejarkan ke hospital," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online