Sunday 4 March 2012

BAYI BARU LAHIR LEBIH 5KG


Perkara seperti ini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan manusia sekarang. Apa yang jelas, manusia hari ini makan makanan yang memberikan kesan kepada kandungan mereka. Sudah tentu bayi yang baru lahir akan melebihi 5kg. kemajuan yang kita kecapi memungkinkan kelahiran bayi yang melebihi 5kg akan bertambah. Kepada ibu bapa , mereka berasa gembira dengan keadaan bayi sebegitu. Namun demikian, mereka tidak sedar akan nasib yang bakal ditempuhi nanti. Petikan berita dari akhbar sinar harian:

LONDON - Jumlah wanita melahirkan bayi dengan berat lebih lima kilogram dilaporkan telah meningkat kepada 50 peratus sejak empat tahun lalu di Britain.

Mereka turut digelar sebagai bayi sumo kerana kelahiran itu telah menambahkan lagi masalah kegemukan di negara tersebut kerana sesetengah pakar berpendapat kononnya ibu obes sering melahirkan anak lebih berat.

Walaupun mereka dilahirkan sihat, pakar kesihatan tetap khuatir saiz terlalu besar akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan bayi itu apabila meningkat dewasa.Baca seterusnya

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online