Thursday 22 March 2012

AYAM MUDA DICEKUP


Sejak akhir-akhir ini banyak ayam yang dicekup. Semalam di Terengganu, bapa ayam dan anak ayam dicekup. Hari ini, anak ayam muda dicekup dalam serbuan di Sabak Bernam Selangor. Jika kita lihat, pekan Sabak Bernam bukanlah besar mana pun. Penulis biasa ke sana menghantar saudara ke politeknik. Sampai sahaja malam, sunyi sepi pekan itu. Patutlah ayam-ayam lari masuk ke situ untuk menjalankan aktiviti mereka. Seronoklah orang-orang disekitar Sabak Bernam seperti Teluk Intan, Sungai Besar dan kawasan-kawasan sekitarnya. Habis kait buah kelapa swait boleh menghiburkan hati dengan ayam-ayam muda ini. Habis sahaja kerja di bendang, boleh terus ke pusat hiburan tersebut. Baeginikah yang kita inginkan? Jangan nanti kawasan yang sangat bersih dan baik seperti Sabak Bernam ini dicemari oleh pelacur-pelacur asing, dikotori oleh ayam-ayam muda ini. Pihak berkuasa tolongpantau kawasan ini kerana penulis rasakan kawasan sabak Bernam cukup mendamaikan kerana suasana kampungnya masih ada. Baca seterusnya....

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online