Saturday 25 February 2012

PAKAI SARUNG NAIK TREN


Petikan berita dari Mymetro meminta orang ramai memakai sarung apabila menaiki tren. Kempen ini diadakan untuk memaparkan semangat satu MALAYSIA. Petikan berita penuh seperti berikut:

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel hari ini digalak menyertai program ‘Kereta Api Sarung’.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad, Datuk Shahril Mokhtar meminta orang ramai menyertai petugas RapidKL dan KL Monorail memakai sarung bagi menyokong dan memeriahkan acara itu.

“Saya juga mengajak mereka yang tidak bekerja pada hari itu supaya sama-sama memeriahkan acara berkenaan dengan menaiki tren dan berkumpul bersama warga kota lain di Pasar Seni pada Sabtu (hari ini) jam 4 petang. Tentu menarik nanti apabila melihat ramai orang memenuhi bandar raya dengan berkain pelekat dan berkain batik.

“Ini sesuatu yang boleh menyatukan semua rakyat Malaysia dan mempamerkan semangat 1Malaysia kerana ia tidak mengira bangsa, agama dan usia,” katanya dalam kenyataan di sini semalam. - Bernama

Jadi, sarung bukan sahaja boleh dipakai di rumah, juga boleh dipakai apabila menaiki tren.


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online