Friday 3 February 2012

JUTAWAN BOLA SEPAK


Tahniah kepada Safee Sali menjadi pemain bola sepak bertaraf jutawan. Presiden dan timbalan Presiden FAM Sultan Ahmad Shah serta Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap pencapaian Safee Sali yang kini bergelar jutawan dengan kontrak bernilai RM2 juta dan gaji bulanan lebih RM90000 sebulan patut dicontohi pemain tempatan lain. Bagi penulis, pemain tempatan jangan berpuas hati setakat menjadi Safee Sali sahaja. Banyak lagi pemain Malaysia yang hebat daripada Safee Sali tetapi tidak dapat diketengahkan bakat mereka. Pemain-pemaian ini harus meletakkan diri mereka setaraf dengan Safee andaikata menjadika bola sepak sebagai mata pencarian. Jika dahulu, apabila kita bercita-cita ingin bermain bola sepak , ramai yang berpendapat bahawa kerjaya itu tidak kemana dan kita akhirnya akan kembali menjadi seperti biasa apabila semakin tua. Tetapi harus didingat, kini ramai pemain yang bertaraf bintang di Malaysia mampu hidup mewah dengan bola sepak. Asalkan pandai jaga diri dan rajin berusaha. Sepatutnya , Malaysia mempunyai pemain yang serba lengkap dalam bola sepak kerana kita sudah lengkap dengan kemudahan dan prasarana dalam bidang sukan dan pendidikan. Jika dahulu, pelajar yang pintar dalam akademik terpakasa melupakan minat dalam bola sepak kerana tidak dijanjikan kemewahan, penulis rasa hari ini kerajaan patut melakukan sesuatu kepada pelajar pintar atau pandai agar dapat meneruskan pelajaran dan permainan bola sepak. Sayang jika bakat yang ada tidak digunakan. Ini adalah realiti kerana kerjaya penulis sebagai pendidik dapat melihat pelajar yang berbakat dalam sukan akhirnya memeilih akademik kerana mereka percaya , sukan tidak menjajnjikan apa-apa. Lantaran pula, ibu bapa juga mahukan anak mereka berjaya dalam akademik berbanding sukan. Nah...semua jadikan Safee Sali sebagai idola. Tidak salah jika kita menjadikan pemaian bola sepak sebagai idola. Apa yang penting berusaha sehingga menjadi lebih baik daripada Safee Sali.

2 Comments:

Ayu said...

Apapun yg kita lakukan kalau ada minat dan usaha yang giigh dan konsisten, pasti membuahkan hasil!

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

YaYaNsMum
Nak mendatangkan minat tu susah...nak gigih pun susah dan akhirnya...hangat-hangat tahi ayam....cuba dan cuba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online