Tuesday, February 21, 2012

Gigit Telinga


Gara-gara mengigit, seorang lelaki telah didenda RM2000. Apakah yang digigit oleh lelaki tersebut. Jika setakat menggigit benda yang sepatutnya boleh digigit , sudah tentu dia tidak didenda. Justeru penulis petik dari MYMetro mengenai :

KUALA TERENGGANU: Gara-gara menggigit telinga anggota polis ketika cuba melarikan diri dari tahanan, seorang tukang rumah hari ini dikenakan denda RM2,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Mohd Shukri Muda, 34, dari Gong Pak Jin, Batu Rakit, di sini didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Konstable Amran Yahya, 23, bagi menakutkan penjawat awam itu daripada menjalankan kewajipannya.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu pada jam 8.25 malam, 12 Februari lalu bertempat di Balai Polis Gong Badak, di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.


Mohd Shukri yang memakai baju lokap polis dan berjalan terhencut-hencut akibat terkena tembakan di kaki yang dilepaskan anggota berkenaan untuk mempertahankan diri, mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Oleh itu, apabila hendak menggigit, carilah benda yang boleh digigit dan tidak dikenakan denda. Gigitlah benda lain.


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online