Tuesday 21 February 2012

Cuepacs Mahu Tarikh Kuatkuasa SBPA dikekalkan?


Melihat entri kali ini berkaitan dengan tuntutan Cuepacs yang inginkan tarikh kuatkuasa SBPA dikekalkan. Mememtik laporan daripada akhbar Harian Metro seperi berikut:

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Jan lepas, dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Jan tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.

"Jadi permintaan Cuepacs ialah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Jan itu dikekalkan. Itu yang kita mahu. "Ia juga adalah satu perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tempoh hari. Jadi kekalkan tarikh kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat penyelesaian dalam tempoh tiga bulan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau yakin lima tuntutan Cuepacs dapat diterima selepas pembentangan kertas cadangannya kepada pasukan petugas khas semakan semula SBPA pada mesyuarat ketiganya yang dijadualkan Rabu ini. Jika ingin berita penuh , sila baca ini.

Sebenarnya, apa yang kita minta kadang-kadang hanya dapat memuaskan satu pihak sahaja. Kita tidak pandang kepada pihak yang lain. Justeru itu, perlu juga melihat orang lain sebelum tuntutan cuepacs dipenuhi. Untuk memuaskan hati semua pihak sangat sukar dilaksanakan, tepuk dada tanya selera.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online