Thursday 14 April 2011

DALAM DIRI AYAH

Dalam renungan matamu

terlihat sinar kasih Luqman

biarpun tidak sehebat

nur kasih Siti Hajar

kehadiranmu besar ertinya

membawa bersama pengorbanan

semulia Ibrahim.


Dalam kepayahan langkah kaki

tersurat di sudut hati

memberi kehidupan sempurna

walaupun kulitmu merah dibakar mentari

biarpun peluh mencurah ke bumi

kesabaranmu teguh berdiri.


Dalam dirimu ayah

meninggalkan jejak-jejak kehidupan

bersama sejuta kenangan

pedoman buat anak-anakmu

bergelar lelaki.


Anjung Sena, Klang 2006



Dua terbakar selamatkan bapa...

* Melihat dua beradik menyelamatkan ayah mereka yang terbakar mengundang rasa sebak di dada. Apakah yang bermain difikiran mereka ?.Jika kita mengatakan mereka pendek akal, mustahil mereka berfikir seperti itu. Siapa tidak sayang ayah , hatta ayah itu tidak siuman khabarnya. Bercerita kepada pelajar tentang ini ,kadang-kadang mengundang perasaan dalam kalangan mereka. Tetapi kita tidak boleh tebak apa yang bermain difikiran mengenai "Ayah". Sayangi mereka semasa hayat dikandung badan.

5 Comments:

zul permatang badak said...

Ayah bersemangat waja
meratah duka
sanggup segala
dalam diri ayah
membuak usaha...

Agar anak2
kaya segala
dunia
akhirat tak lupa....

kpah k-poh Sharifahnor said...

Abah dah tak de...

zul permatang badak said...

kpah...
sedih bunyinya......samalah kita....

anjungsena...???....maaf bertanya...

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

En Zul
Itulah ayah...


Kak Pah
Anak solehah , anak yang yang ingat ayahnya...alfatihah untuk mereka yang sudah pergi meninggalkan kita...

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

En Zul
Ayah saya masih ada..cuma kudratnya sudah lelah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online