Sunday 13 February 2011

Mee Udang VS Pasembur

Entri saya hari ini nak bercerita tentang dua jenis makanan ini. Kalo rasa nak cuba , datanglah ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Mee udang ini saya cuba semasa pulang dari Manjung sebulan yang lalu. Lokasinya di Pantai Remis , kalau pembaca nak rasa, di Pantai Remis memang banyak jual Mee Udang. Apa yang spesal pasal mee udang ni, udang lipan digunakan. Haaaa..tengok kat bawah ni...udang yang digunakan...



Kalau nak tahu sedap atau tak sedap , datanglah sendiri ke Pantai Remis dan cuba. Saya dah cuba kat salah sebuah kedai yang ada kat sini....hasilnya...boleh cuba lagi...


Pasembor Sungai Yan , Kedah
Ini pula pasembor yang saya makan semasa jalan-jalan hujung minggu . Semalam la tuuuu. Saja nak habaq kat orang utara kat mana pasemboq yang boleh kita try. Banyak jenis pasembor yang ada kat gerai ni...Yang ni biasa punya. Tak letak bayak bahan

Yang ni special campur ikan goreng , paru , hati dan macam-macam ada
Akhirnya , jadi lagu ni lah...kalau semua ingin mencuba Pasembur sungai Yan, jangan lupa singgah apabila anda ke utara.
Jom jalan-jalan santai hujung minggu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online