Wednesday 16 February 2011

AIR SIHAT UNTUK PELAJAR


Hari ini merupakan hari Pengguna Malaysia. Kiranya FOMCA merayakan hari pengguna di Malaysia. Justeru, saya ingin memperkatakan air sihat kepada pelajar. jika melihat tajuk entri saya di atas , makanya kita mengatakan air suam atau air kosong adalah yang terbaik untuk kita semua dan juga pelajar. Apakah hari ini pelajar di Malaysia disogokkan dengan iklan yang menunjukkan seorang lelaki yang sihat setelah minum air berkarbonat. Pengaruh iklan sangat kuat dalam kalangan masyarakat. Justeru tidak hairanlah air sihat ini menjadi minuman harian pelajar. malah terdapat pelajar menjadikan air sihat ini sebagai rutin minuman mereka.
Hari ini kita dapati kementerian pelajaran telah mengeluarkan arahan kepada pihak kantin supaya tidak menjual air bergas atau air sihat ini. Malahan mesin 'gedengangggg' yang kebanyakan ada di sekolah juga diharamkan oleh kementerian. Lihat di sini kenyataan tentang larangan penjualan air bergas atau air sihat ini di kantin sekolah.


Bagi saya sebagai seorang yang sangat akrab dengan sekolah dan juga kantin sekolah berpendapat bahawa , kerajaan juga patut melarang penjualan air bergas di semua premis kepada pelajar. Jika kita lihat hari ini , kebanyakan air bergas ini dijual di luar sekolah. Jangan menyalahkan kantin sekolah atau pihak sekolah kerana setiap sekolah ada pemantau dan guru yang bertugas menjaga kebajikan pelajar di kantin. Ibu bapa sememangnya perlu risau dengan penjualan makanan di kantin. Tetapi jika ibu bapa dapat menyediakan makanan dari rumah , itu sangatlah baik untuk kesihatan anak anda. Minum air sihat ini akan mendapat pelbagai penyakit pada masa hadapan. usah salahkan pihak lain sedangkan kita sendiri yang menggemarinya. Tepuk dada tanya selera.

2 Comments:

MiszCoMoT said...

alaaaaa...nanti kalau malam2 teringin nak minum air "gedegang" tuh xbuleyh da la..huhux

Anonymous said...

Dak comot

dah besarrrrr...dah kan..minum lah sepuas-puasnya. kalau sekolah tak boleh..nanti otak tumpul..kalau teringin nak minum jangan sampai berbotol-botol dan berhari-hari ya tak?

Anjungsena

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online