Wednesday, January 7, 2009

Hujan Peluru Di Bumimu


Tiada satupun tempat di daerahmu
sunyi dengan dentuman mortar
menghujani dari langit hitam
melepaskan hujan peluru
tanpa mengenal mangsa
tanpa mengenal usia.

Tiada satupun daerah di bumimu
tidak berbau hanyir darah
insan tidak berdosa direnyuk
ketamadunan ego sebuah bangsa
disokong kejahilan kuasa tidak bermata
mengambil nyawa bagai tangan berkuasa.

Tiada lagi suara rintihan bergema
melawan sergahan dan teriakkan
dentuman hujan peluru berserakkan
menceroboh kedaulatan bumimu
mencemar istilah kebebasan dan kedamaian.

Tiada satupun bumi sepertimu Palestin
dihujani hujan peluru bertalu-talu
dan, mana mungkin akan berhenti
selagi kuasa dan suara kebaikan
tenggelam oleh keangkuhan sebuah bangsa.


Kulim Hi-Tech

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online