Sunday, July 13, 2008

Tuesday, April 3, 2007

Cikgu ganas : anjungsena

SUNGAI PETANI: Seorang bapa mendakwa tulang tangan kanan anaknya retak akibat dipukul guru disiplin sekolah kerana kesalahan tidak membuat kerja rumah, nakal serta ponteng sekolah.Perkara itu disedari ketika anaknya pulang dari sekolah kira-kira jam 1.05 tengah hari semalam sambil memegang bahunya yang sakit dan mengadu dia ditendang di kaki, ditampar di muka dan ditumbuk di badan.Nayan Said, 48, dari Taman Arked di sini, berkata dia segera ke sekolah anaknya dan bertanyakan hal itu kepada guru penolong kanan serta guru disiplin.Katanya, apabila dia meminta guru disiplin memberi penjelasan kenapa anaknya, Mohd Shafiuddin, 16, dipukul hingga cedera, guru terbabit memberitahu anaknya dikenakan hukuman kerana tidak membuat kerja rumah, nakal serta selalu ponteng sekolah.“Saya juga bertanya kepada pihak sekolah jika anak saya melakukan kesalahan, hukuman sebagaimanakah boleh dilakukan. Apakah sampai cedera, tapi pihak sekolah gagal memberi jawapan.“Saya kecewa dengan jawapan diberikan guru terbabit. Jika betul anak saya melakukan kesalahan, hukumlah dia saya boleh terima tapi jika sampai cedera bukan hukuman lagi namanya.“Kerana tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan pihak sekolah, saya membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani sebelum anak saya dibawa polis ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bagi mendapatkan rawatan,” katanya di sini, semalam.Mohd Shafiuddin, 16, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di sini, disahkan retak tulang tangan kanannya selepas menjalani rawatan dan X-Ray di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.Nayan berkata, dia boleh menerima jika anaknya itu dihukum kerana kesalahan yang dilakukannya, tetapi bukan sehingga mendatangkan kecederaan.“Hukuman juga perlu ada hadnya, jika sampai mencederakan ia sudah melampau.“Saya terpaksa buat laporan polis sebagai satu pengajaran kepada guru itu kerana tidak mahu perkara sedemikian berlaku pada pelajar lain pada masa depan,” katanya.Sementara itu, ibu Mohd Shafiuddin, Hamidah Aziz, 48, berkata dia terkejut melihat keadaan anaknya yang baru pulang dari sekolah memegang bahu dan mengadu sakit memberitahu dia dipukul guru disiplin sekolahnya.“Sebelum ini memang anak saya pernah dipukul guru disiplin kerana melakukan kesalahan tapi tidak sampai begini.“Kalau hanya kesalahannya tidak buat kerja sekolah dan nakal, takkan dipukul sampai teruk macam itu sekali,” katanya.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.“Polis akan meneliti laporan perubatan pelajar terbabit sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya.
Sumber Harian Metro 4 april 2007
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apakah Guru Sudah Hilang Pertimbangan

Oleh:anjungsena
Melihat kepada perkara di atas , tidak mustahil perkara yang sama akan berulang. Kemungkinan besar bukan di Sungai Petani, tetapi di tempat-tempat yang lain. Apakah guru kini sudah hilang pertimbangan sehingga sanggup memukul pelajar sehingga patah tangan. Sebagai seorang guru, saya berpendapat perkara ini berlaku mungkin disebabkan banyak faktor.Antaranya sebagai seorang guru, tahap kesabaran ada hadnya, perlukah melihat anak murid yang kurang ajar dan mempersendakan guru.Walaupun telah dimaklumkan bahawa guru tidak boleh langsung menjentik atau menjeling anak muridnya.
Daripada peristiwa yang berlaku di atas, sudah tentu matlamat untuk melahirkan insan hadhari akan gagal. Biar guru yang bersalah atau anak murid yang bersalah, kita harus melihat perkara ini sebagai satu kejadian yang boleh dielakkan.Justeru itu, ibu bapa juga harus memainkan peranan dalam mendidik anak-anak. Sekiranya sudah tahu bahawa anak kita bersikap tidak baik semasadi alam remaja, kita perlulah menangani dengan bijak. Jangan mengharapkan guru sahaja membetulkan tingkah laku anak-anak kita.
Kita sedia maklum bahawa hari ini, ibu bapa mempunayai tahap pendidikan yang tinggi. Sedikit kesalahan akan menyebabkan guru disaman. Kita harus sedar, dimanakah kita bersekolah dahulu. kalau yang berasal dari kampung, sudah tentu kita sedar dimana bumi dipijak. Ini tidak, sedikit kesalahan guru, terus disaman. Guru juga haruslah sedar bahawa tahap pendidikan dahulu dan masa kini sudah berubah. Justeru itu, pendekatan yang terkini dalam mendidik anak-anak lawyer, jurutera , doktor harus diketahui.
Sebagai kesimpulanya dapatlah dikatakan bahawa, menajdi guru pada hari ini amat susah. Susah kerana harus menanggung risiko disaman berbanding guru zaman dahulu yang dihormati kerana kita sedar mencari ilmu. Berbanding anak-anak zaman sekarang yang memandang guru sebagai seorang yang suka mengongkong hidup. Justeru itu, pilihlah untuk menjadi seperti mana. Janganlah dipukul pelajar tanpa sebab, sudah tentu kita dapat berfikir. Pukul tanpa sebab, GILA...

2 Comments:

nick said...

amboihhhh,sejak bila hg jadi cam ni?...Dulu masa kat maktab "la ih" je aku tengok hg nih...

anjungsena said...

amboihhh, kak nick ni. macam tak kenai saya kot. dulu lain sekarang lain. dulu kurus sekarang dah buncit sikit...opss..banyak. biasalah tu zaman dah berubah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online