Monday 2 April 2007

GURU OH GURU


Hari-hari dikatakan seorang guru akan keluar dari rumah dengan memikirkan apa yang akan diajar pada hari tersebut. Betulkah apa yang diperkatakan atau ini hanyalah polemik yang melibatkan seorang yang bergelar guru. Memilih kerjaya seorang guru mejerumuskan diri anda ke satu bidang yang tidak boleh lari daripada masalah pendidikan Negara. Kita perlu menyoal kembali diri kita adakah diri kita layak bergelar seorang guru atau adakah kita hanya mencari makan dengan hanya menjadi seorang guru.



Melihat kepada zaman sekarang, kebanyakan daripada kita sudah terlupa apabila sudah bergelar mejadi seorang guru. Apa yang hanya bermain difikiran hanyalah mencari kesenangan, tidak kira dalam apa jua perkara. Misalnya menjadi guru hanya ingin mengajar berhampiran rumah. Menjadi guru hanyalah ingin mengajar perkara yang mudah, menjadi guru hanya ingin pergi lewat dan pulang ke rumah awal, malahan yang paling sedih dan kritikal adalah menjadi guru hanya kerana pangkat dan kekayaan. Bagai mana semua ini boleh terjadi? Asasnya dalam hati, niat asal telah tersasar setelah keluar dari latihan perguruan.



Selain itu, menjadi guru bukanlah semata-mata untuk kemudahan diri. Kita harus ingat, pengalaman sebagai seorang guru amat penting. Ingin saya bertanya, berapa kalikah kita pernah berurusan dengan Jabatan Pelajaran di Negeri kita, kenalkah kita dengan pihak yang berada di Pejabat Pelajaran Daerah kita, dan kenalkah kita dengan menteri yang menjaga kebajikan kita. Malah adakah kita tahu tentang pelan tindakan pendidikan yang telah dilancarkan baru baru ini.


Sebagai kesimpulanya dapatlah dikatakan bahawa menjadi seorang guru perlulah mempunyai sikap yang bersesuaian dengan status seorang guru. Bak kata pepatah" Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari". Begitu juga dengan keadaan sekolah kita, bagaimanakah kita yang mencorakkan acuan , begitulah hasil yang kita dapat.
Maklum balas
anjungsena@yahoo.com

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online