Monday, September 2, 2013

Usia Baru 14 Tahun Dicekup Khalwat Malam Merdeka


Kantoi khalwat malam merdeka. Itulah tajuk akhbar Sinar Harian mengenai beberapa pasangan yang ditangkap khalwat bersama pasangan masing-masing. Apa pun, malam merdeka dipilih pihak penguatkuasa untuk menahan mereka. Sebenarnya kejadian itu sering dilakukan mereka. Tambahan pula, pemilik bilik sewaan atau hotel tidak langsung memikirkan dan megambil tahu siapa penyewanya. Penulis biasa melihat, homestay yang dijadikan tempat muda mudi bersama-sama masuk keluar tanpa rasa malu. Apakah yang mereka lakukan dalam rumah tersebut? Sendiri mau ingatlah...kerana bagi mereka nafsu sudah dilampiaskan.


Kenyataan akhabar sinar harian:

SUNGAI PETANI - Seorang pelajar berusia 14 tahun antara yang ditahan bersama pasangan masing-masing ketika serbuan dijalankan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam Ops Merdeka kelmarin.

Pelajar tersebut yang dikenali Shahirah (bukan nama sebenar) berpakaian baju kurung merah ditahan pada jam 1 pagi bersama pasangannya yang memakai pakaian sedondon dalam sebuah bilik di hotel sekitar bandar ini.


Lebih berani, perbuatan terkutuk itu dilakukan pasangan terbabit yang hanya berjarak kira-kira tiga kilometer dari rumah Shahirah.


Pegawai Penguatkuasa Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, ketika pintu diketuk, pasangan itu mengambil masa 20 minit sebelum membuka pintu. “Pintu hanya dibuka setelah anggota penguatkuasa beri amaran untuk pecahkan pintu,” katanya.


Menurutnya, setelah disoal siasat mendapati, remaja perempuan masih di bawah umur dan bersekolah di tingkatan dua manakala remaja lelaki berusia 21 tahun. Klik Sini...

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online