Tuesday 20 August 2013

Gempa Bumi Melanda Kupang Di Baling Kedah


Beginilah Akan Berlaku Jika Gempa Yang Kuat Melanda
Biasanya gempa bumi berlaku di negara jiran kita, tetapi hari ini gempa bumi melanda negeri Kedah dan berpusat di daerah Baling. Makanya, negeri Kedah juga terletak dalam pusat gempa bumi. Gempa bumi itu dikatakan lemah dalam 3.8 skala. Walaupun begitu, kita tidak boleh pandang ringan perkara ini. Semestinya kuasa Allah tiada siapa yang dapat menduga dan menandinginya. 

Kenyataan akhbar Utusan mengenai gempa bumi melanda Baling di Kedah.

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther melanda Kupang di Kedah pada 8.26 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa bumi itu berpusat di 11 kilometer selatan Baling dan gegaran kesan boleh dirasai di sekitarnya, menurut kenyataan jabatan itu di sini. - BERNAMA

Kita tunggu sahaja berita sepenuhnya dalam akhbar-akhbar tempatan selepas ini. Maknaya, penulis sekarang berada di negeri yang dilanda gempa bumi.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online