Thursday 1 March 2012

JUTAWAN AMERIKA PELUK ISLAM

Memilih Islam setelah sebulan berada di bumi Arab Saudi.

Seorang jutawan Amerika telah memeluk Islam setelah berada di bumi Arab saudi selama sebulan. Richard Patterson atau Abdulaziz jutawan sebuah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan bantuan perawatan kritikal memiliki kekayaan berjumlah RM155 juta, dua pesawat peribadi dan dua helikopter yang khusus untuk penerbangan perubatan khas.

Abdulaziz bukan sebarangan orang. Dia adalah seorang ahli perniagaan terkemuka warga Amerika Syarikat (AS) yang juga seorang juruterbang. Namun, dia melakukan hijrah akidah setelah menerima hidayah daripada Allah. Biasanya hidayah yang diterima sebegini sangat indah dan lazat bagi yang bukan islam sebelumnya.

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allahlah yang memberikan (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya... (al-Baqarah: 272)

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online