Sunday, March 4, 2012

BOLEH MINUM KOPI TAHI MUSANG


Sanggupkah kita minum kopi tahi musang. Dahulu majlis fatwa telah mngeluarkan kenyataan bahawa kopi luwak tidak boleh diminum. Namun hari ini , kita semua boleh minum kopi luwak atau kopi tahu musang.

Petikan dari kahbar Berita Minggu:
PUTRAJAYA: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Ke-98 yang bersidang pada 13 hingga 15 Februari lalu, memutuskan hukum minum `kopi tahi musang’ atau kopi luwak adalah harus.
Bagaimanapun, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berkata biji kopi berkenaan mesti masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam, serta perlu disucikan terlebih dulu daripada najis.
Pada masa sama, kopi luwak yang dihasilkan juga perlu mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam. Baca seterusnya

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online