Friday 18 February 2011

PERMATA HATI ( POTENSI ANAK-ANAK )


Mengapakah Al-Quran perlu di ajar di peringkat awal kanak-kanak ?

Saya ingin menyentuh mengenai potensi anak sejak kecil. Antara penemuan dan fakta penting yang telah ditemui khususnya pakar kanak-kanak mengenai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini adalah dari segi perkembangan potensi otak manusia pada peringkat kanak-kanak. Salah seorang pakar yang banyak membuat kajian dan percubaan terhadap kecerdasan otak kanak-kanak , termasuklah kanak-kanak cacat otak ialah Dr. Glenn Doman. Rumusan kajianya seperti berikut:




1. Tiada ahli sains yang dapat mengalahkan kanak-kanak , dari segi semangat belajar , mengkaji , mencuba dan menyelidik. Kanak-kanak akan lebih gembira jika lebih banyak dan lebih cepat menerima pelajaran. potensi kanak-kanak membaca sama sahaja dengan potensi bercakap.

2. Kanak-kanak boleh bercakap dahulu kerana kanak-kanak lebih banyak menerima rangsangan pendengaran percakapan.

3. Sekiranya rangsangan mata dan telinga sama banyak diterima , pasti kanak-kanak akan dapat membaca dan bercakap pada waktu yang sama. walau bagaimanapun ia bergantung kepada kaedah dan suasana pembelajaran.

4. IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsangkan dalam peringkat ini dan berkurangan pada peringkat seterusnya.

5. Apa yang tidak diperolehinya semasa kecil , sangat sukar diperolehi apabila ia besar kelak.

6. Pembelajaran pada masa akan datang juga terletak di atas apa yang didapatinya semsa kecil.

7. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang cacat otak ( seperti akibat demam panas) masih boleh dirawat jika sel otaknya dirangsangkan sebelum umur persekolahan.


Rujukan : Indahnya Hidup Bersyariat

4 Comments:

Cheqna said...

Fakta yg menarik..semoga dapat mendidik anak2 menjadi yang terbaik.

:-)

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

Cheqna
Terima kasih...sama-samalah kita mendidik anak menjadi terbaik. Bukan anak kita ja...anak orang lain jugak. Cikgulah katakan...

zety said...

comel!

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

Zety
sapa yang comel..? bapa dai ka anak bapa yang comel?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online