Saturday 29 January 2011

BAGAIMANA ANDA BERFIKIR ?


John Dewey berkata mengenai gaya berfikir

" The vital habit of democracy: the ability to follow an argument , grasp the point of view of another , expand the boundaries of understanding , debate the alternative purpose that might be pursued"

Bagaimana dengan gaya pemikiran anda? Jika kita lihat sesuatu sudah pasti kita akan berfikir. Biarpun kita berhenti untuk berfikir , namun proses berfikir tetap akan berlaku. Manusia mesti berfikir kerana berfikir merupakan lumrah manusia selagi masih hidup. Secara dasarnya , manusia berfikir disebabkan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Mungkin keputusan selepas berfikir memberi impak yang baik atau buruk. Tetapi , berfikir sudah tentu ingin mencari sesuatu yang terbaik.

Terdapat kepelbagaian cara berfikir untuk seseorang itu. Tanpa keupayaan kepelbagaian berfikir seseorang itu sudah tentu tidak dapat membuat keputusan yang baik mahupun menjana idea dalam pelbagai perspektif kehidupan.Pelbagai gaya berfikir sering digunakan oleh orang ramai. Antaranya ialah, kreatif , kritikal, analitikal , negatif , proaktif , positif, konstruktif , emotif , projektif , pragmatik , nilai , sistematik , historis , intuitif , hipotetikal , reaktif , logikal dan lain-lain.

Di sini saya ingin menerangkan mengenai pemikiran positif dan pemikiran negatif. Setelah kita membaca entri saya ini, cuba kita fikir dimanakah kita berfikir? Pemikir positif sentiasa melihat kepada kebaikan, keuntungan , kejayaan dan faedah pada apa-apa sahaja. Berfikir sebegini dikatakan berfikir secara membina kerana kita sentiasa mahukan perkembangan yang menggalakan. Justeru, apabila kita berada dalam kategori ini, maka kita sudahpun melayakkan diri sebagai seorang yang berfikiran secara positif.

Manakala pemikir negatif menggunakan gaya pemikiran yang berlawanan dengan pemikiran positif. Pemikir sebegini adalah orang yang hanya melihat kepada masalah , keburukan , bahaya dan risiko. Pemikir sebegini tidak nampak kepada kebaikan ataupun keperluan sesuatu kerana dia hanya berminat kepada keburukan, kelemahan , kesusahan , kesulitan , kegagalan , kerugian dan risiko. Kendatipun , ini tidak bermakna bahawa gaya pemikiran negatif adalah tidak elok dan tidak sesuai digunakan. Bagaimanakah yang dikatakan bahawa pemikiran negatif kadangkala baik untuk seseorang. Misalnya apabila kita melakukan sesuatu , kita akan membuat ramalan kesulitan, kegagalan bahaya , kerugian dan sebagainya. Justeru , pemikiran negatif mampu untuk mengimbangkan pemikiran positif manusia.

Bagaimanakah anda berfikir? sudah tentu hanya anda sahaja yang dapat memberikan jawapanya. Seperti saya nyatakan di atas , terdapat banyak cara kita berfikir. Mungkin , kita tidak sedar penggunaan cara kita berfikir tersebut. Apapun , kita dianugerahkan Allah otak untuk berfikir. Justeru, berfikirlah dahulu sebelum membuat tindakan kerana berfikir sesaat lebih baik daripada kita melakukan sesuatu yang baik sepanjang hari.

3 Comments:

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

Fikir dulu sebelum buat...sebab sekarang ni banyak benda yang kita buat tak fikir..last-last kena ubah balik....

Anonymous said...

muni baru habis membaca buku berfikir gaya TRUMP...apa yang dikata oleh trump sehingga kini beliau menjadi seorg yang berjaya serta dihormati..
ini kata2 trump mengenai pemikiran...
APABILA KITA BENAR-BENAR BERFIKIR BESAR,KITA TIDAK AKN BERASA KECIL.BERFIKIR BESAR ADALAH DISIPLIN,INI BERMAKNA BIARKAN SAHAJA PERKARA KECIL DAN TIDAK PENTING BERLALU PERGI..KITA BOLEH KATAKAN PADA DIRI KITA..SEKARANG MEMANG NAMPAKNYA KECIL TETAPI HASILNYA AKAN DATG JAUH LBH BESAR..kata2 ini amat mndalam maksudnya untuk difahami namun tidak mustahil untuk diamalkn..agar kita berjaya seperti donald trump..

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

Yup Muni...kalau nak lebih faham tentang berfir ni..Muni kena beli buku ni Menyelesaikan Masalah secara sistematik dan fektif..dalam buku ni banyak cara berfikir..cuba cari buku ni ok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online