Wednesday 16 July 2008

PPSMI . APA KATA ANDA?

OLEH: Anjungsena

WAJARKAH PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DLAM BAHASA INGGERIS DITERUSKAN?.



Setelah enam tahun pengajaran sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dijalankan, pihak kementerian akhirnya membuat keputusan untuk mengkaji semula PPSMI setelah peperiksaan U.P.S.R pada tahun ini. Untuk pengetahuan semua, sepatutnya PPSMI telah lama dikaji bukan setelah keputusan peperiksaan dijalankan. Rasionalnya PPSMI dihentikan pada pendapat sesetengah orang adalah kerana keputusan peperiksaan bagi kedua-dua subjek tersebut amat teruk sekali. Jika kita sebagai guru yang mengajar sudah tentu dapat membuat penilaian terhadap anak didik kita. PPSMI yang dilaksanakan selama ini telah menafikan hak seorang murid untuk memahami subjek tersebut dalam bahasa ibunda mereka. Jika dikaji sebelum wujudnya PPSMI, masalah dalam subjek ini telah pun wujud. Berapa ramai pelajar kita yang betul-betul hebat dalam Sains dan Matematik walaupun diajar dalam Bahasa Melayu. Kita perlu memikirkan rasional terhadap anak-anak bangsa kita nanti.

Polemik yang sering disebut oleh guru-guru hari ini adalah mengenai elaun ‘etems’ yang mereka peroleh. Dalam kalangan guru Bahasa Melayu dan subjek lain jealous tentang elaun yang mereka peroleh. Benarkah begitu? Persoalan di sini adalah memantapkan Bahasa Inggeris terlebih dahulu dalam kalangan pelajar kita sebelum subjek etems . Justeru , guru-guru Bahasa Inggeris harus bekerja lebih keras lagi kerana mereka secara automatic mendapat elaun walaupun tidak perlu pergi kursus etems. Mungkin wujud ketidakpuasan hati dalam kalangan guru yang telah pergi kursus etems mengenai ‘patah balik’ ke Bahasa Melayu. Namun kita jangan menjadi orang yang pentingkan diri sendiri. Anda harus sedar, dahulu anada belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu pun masih tidak dapat menguasainya dengan baik. Justeru jangan jadikan anak-anak kita sebagai mangsa. Jika ingin mereka bijak berbahasa orang putih bukan ini caranya. Banyak pendekatan yang lain boleh dijalakan. Bagi yang sedang mengajar subjek etems , jangan melenting sebelum membuat perkiraan. Bagi guru subjek lain, terutamaya Bahasa Melayu jangan memikirkan elaun yang rakan anada peroleh. Keikhlasan dalam mendidik anak-anak murid adalah satu kepuasan bagi kita semua. Justeru wajar atau tidak pengajaran etems diteruskan selepas tahun 2008, hanya kabinet yang mengeluarkan jawapan. Kita sebagai pelaksana hanya perlu menjalakan tugas sahaja. Namun jangan dibiarkan Bahasa Ibunda kita terkubur begitu sahaja.


P/s : Jangan marah ya, kepada guru subjek etems.

7 Comments:

shakirabid said...

salam bri,
aku sokong pendapat hang. kenapa dulu kementerian x nak dengar cakap cikgu. aku yang di maktab dulu ambil sains turut bersama guru lain menentang pelaksanaan ini.
terus terang aku merasakan yang aku tidak mampu memberi ilmu sains dengan baik dalam bahasa omputeh ini. bukan aku fanatik berbahasa melayu... tapi percayalah... cikgu yang mengajar sains dan math sekarang bukannya baguih sangat. pergilah merata pelusok ceruk.. ramai yang ajar subjek ni guna bahasa ibunda sedangkan mereka makan duit elaun etems yang entah apa statusnya. (makan duit, x ajar dalam bi)...
KPM! semak balik berapa kerat anak murid kita yang jawab soalan peperiksaan dalam bi?. aku yakin, ramai yang jawab dalam bahasa ibunda.
kenapa nak kaji sekarang...? nak lepas geram kat dr M ker? dulu dr M dalam kabinet, yang lain ikut cakap jer...
sekarang....?
lu pikirlah sendiri....!

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

salam ket,
aku pun bukan jelaous sangat dengan guru etems . nanti ingat aku guru BM kata aku dengki pula. aku melihat kepada anak bangsa kita yang menjadi mangsa eksperimen. jadi kita kena nilai semula perkara tersebut.

shakirabid said...

salam bri,
etems dah habiskan duit berjuta ringgit, hasilnya... anak bangsa makin terpinggir.
sekarang KPM nak tarik balik serba salah...
labtop? la ni dah jadi harta persendirian cikgu etem (kebanyakaan).
berapa ramai yang betul2 guna kemudahan tersebut? nak guna hari-hari? ..eeemmm x nampak pun guna...
cikgu etems sendiri masih ada yang takut nak buka labtop.! hahaha...
apa cite beb?...

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

salam ket..
betoi apa kata hang. aku tengok kat sekolah aku pun sama. tapi aku tak salahkan depa. dah kpm suruh buat, nak buat macam mana.

Anonymous said...

suka tak suka kena ajaq juga. cuba yang terbaikla, walaupun hati tak suka. nanti tak jalan dasar krj plak. apapun kelemahannya adalah pembuat dasar. hari ni cakap esok buat, mana boleh camtu. Budak-budak anak "mat saleh" yg dok guna english sejak dr lahir pun bukan semua masuk 'u'. Igt budak kita diajaq dlm bi ni akan pandai ke? BAHASA ILMU IALAH BAHASA IBUNDA. nak dpt ilmu kena paham bahasa la. turun mai tgk belah-belah baling sik ni, jgn dok tgk di lembah klang. aku nak bagi tau kat hang zek, aku tak setuju. tak setuju 100% ppsmi ni. kesian bebudak kat sekolah. upsr 3 subjek english, 1 subjek bm. hahaha...terpinggir dah...tak sedaq lagi ke....

ADMIN said...

salam sani..
aku kira pendapat hang memang betoi. kat sekolah aku ni pun walaupun mak bapak pelajar yang kerja hebat-hebat. ( depa perasan kot )tapi nak bagi tau kat hang Bahasa Melayu hancur. Aku kena marah dengan mak bapak budak sebab bahasa Melayu dapat B. Hang tengok persepsi mak bapak la ni. aku bukan tak setuju pengajaran tu..tapi mantaplan dulu bahasa Inggeris.

Anonymous said...

mana ada pelajar hari ni tak reti BM. Kalau ko datang Johor ke negeri yang banyak kaum lain, ko tengok le diaorang berbahasa Melayu. Kadang-kadang duduk kat Malaysia ni dah lama. tapi cakap melayu masih berterabur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online