Friday 16 June 2017

Selamat Datang Ke Lubang Paling Dalam Di Dunia

Lubang Yang Paling Dalam Di Dunia


Lihat gambar di atas. Anda mungkin merasa tidak ada yang istimewa dengan pemandangan dalam gambar. Namun, di bawah penutup besi yang berkarat tersebut adalah lubang buatan terdalam di bumi.

Dikenali dengan nama Kola Superdeep borehole, lubang dengan diameter kurang daripada 23 sentimeter di Murmansk, Rusia ini mencapai kedalaman 12 kilometer ke kerak bumi, kira-kira dua kilometer lebih dalam daripada Jurang Mariana yang merupakan bahagian terdalam dari lautan. 

Kisah Kola Superdeep borehole bermula pada tahun 1960-an ketika Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet terlibat perang dingin dan berlumba-lumba dengan teknologi. Walaupun yang lebih ditonjolkan adalah perlumbaan ke luar angkasa, kedua-dua negara tersebut juga bersaing untuk menggali lubang terdalam di dunia.  
Di Amerika Syarikat, projek penggerudian tersebut dilakukan di perairan Pasifik Mexico dengan nama Project Mohole. Untuk pertama kalinya di dunia, pasukan penyelidik AS berjaya menembusi laut sedalam 3,600 meter dan terus menggerudi hingga 183 meter di bawah dasar lautan. Kejayaan ini membuktikan bahawa pengeboran minyak di lautan dapat dilakukan. Namun, sayangnya pembiayaan terhadap projek tersebut dihentikan pada tahun 1966 tanpa alasan yang jelas. 
Sementara itu, para penyelidik Kesatuan Soviet yang mendengar adanya Project Mohole di AS pun tidak mau kalah. Bermula dari era 1970-an hingga 1994, mereka menggerudi di semenanjung Kola yang terletak di hujung utara Rusia dan mewujudkan lubang terdalam di dunia yang dinamakan Kola Superdeep borehole. 
Dari lubang tersebut, para penyelidik juga mempelajari pelbagai perkara menarik mengenai bumi seperti tidak adanya peralihan dari granit ke basalt dari tiga ke enam kilometer di bawah permukaan bumi. 
Sebelum ini, para saintis geologi yang menggunakan gelombang seismik untuk menganalisa kerak bumi menduga adanya jenis batu baru pada kedalaman tersebut. Namun, para penyelidik projek Kola hanya mencari lebih banyak granit pada kedalaman tiga hingga enam kilometer. Ternyata, perubahan yang dikesan sebelum ini bukanlah perubahan jenis batu, tetapi perubahan susunan kimia dan mineral (metamorfik) pada granit. 
Lebih mengejutkan dia lagi, para penyelidik juga mendapati air di dalam Kola Superdeep borehole. Berbeza dengan air tanah, air tersebut berasal dari atom hidrogen dan oksigen yang dikeluarkan oleh batu granit kerana tekanan yang luar biasa. 
Bryan Nelson dari Mother Nature Network 31 Mei 2014 melaporkan, tapi penemuan yang paling luar biasa daripada projek ini adalah fosil plankton mikrokopis berusia 2 bilion tahun pada batu yang terletak enam kilometer di bawah tanah. Mikrofosil tersebut berasal dari 24 spesies kuno yang dibungkus dengan bahan organik dan mampu bertahan di bawah tekanan dan suhu yang melampau di bawah tanah. 
  
Namun, misteri terakhir yang diungkap oleh para penyelidik Kola Superdeep borehole pada tahun 1994 menjadi paku pada peti mati projek tersebut. Begitu penggerudian mencapai kilometer ketiga di bawah tanah, perubahan suhu meningkat secara tiba-tiba dan pada titik terdalamnya di kilometer ke-12, suhu mencapai 180 celcius. Suhu tersebut melebihi perkiraan para penyelidik dan membuat mesin pengebor rosak.

 
Akhirnya, projek ini rasmi ditutup pada tahun 2005 dan kini yang tersisa dari lubang terdalam di dunia hanyalah tutup besi berkarat yang tak bernama.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online