Friday 23 December 2016

Tahun Aku Melawat Perlis 2016 ( Hotel Kedua )

Sambungan aku pasai hotel di Perlis..kali ini aku nak cerita pasai aku selalu mai Perlis. Setelah aku kena dengan hotel Putra Brasmana di Kuala Perlis, aku tanya kawan-kawan yang selalu pi Perlis time pelam harum manih dok menjadi. Depa habaq kat aku, try pi dok Hotel Seri Malaysia. Aku try gugel tengok hotel ni, tang mana. Tak pa..aku direct call hotel kata nak tidoq sana semalam. Depa kata ada bilik kosong, aku book 2 bilik, bawa ramai juga termasuk anak aku la. Bawa depa nak relax  dan bagi depa mandi kolam. Biasa laaa....budak-budak. Dalam perjalanan ke Perlis dari Sungai Petani, macam-macam dok pikiaq, kalau kena lagi sekali, pakai tak mai dah kot belah ni. Tapi alhamdulillah, hotel Seri Malaysia Kangar boleh dikatakan hotel yang terbaik. Bukan di Perlis sahaja, malah nak dibandingkan dengan hotel Seri Malaysia lain di Malaysia. Banyak juga aku pernah pi hotel Seri Malaysia ni. Tapi, hotel Seri Malaysia Kangar, menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Bagi aku lah...



Depan Hotel
 
Setakat hujung tahun ni..dah lebih 6 kali aku menginap di sini. Sebab apa aku pilih menginap di sini. Saja-saja hujung minggu aku mai bawa anak-anak dok sini. Nak dok hotel belah Sungai Petani, dekat dengan rumah. So..aku bawa mai kot sini sajalah.Pertama, hotel ni kalau lambat booking pasti penuh. Sebab orang ramai mai dok sini. Faham-faham sajalah kalau kena booking awai tu...kali pertama saja aku call..pekerja kaunter depan depa..depa layan baguih. Lepas pada tu...aku call, sebut nama saja...depa dah tau. Senang..

Kolam dia bersih..selalu mai bawa anak-anak mandi
 Kalau tengok pada kawasan hotel ni pun bersih. Mungkin hotel baru...apa pun sangat kondusif. Tak sibuk dengan kereta dan orang ramai. Memang puas hati wpun bayaran bagi bilik famili agak mahai..dan tak dak rate kakitangan kerajaan. Aku tak kisah..asalkan aku puas hati. 



Satu lagi bab breakfast dia...aku lihat ramai yang mai breakfast..makanan akan habih awai. Sebab makanan dia kena dengan selera customer dia. Nasi lemak dan pulut ikan kering dia tu yang cepat habih. Lagi satau, makanan dia sentiasa fresh...nanti aku cerita pasai hotel di Perlis juga bab makan ni..out.. wpun 4 bintang kot. 

Nak makan tengah hari pun senang..banyak kedai. Nak makan malam..boleh pi Kuala Perlis...seafood banyak. Mai laa....Perlis bab makan jangan risau.

Hat ni selalu aku booking ni...

Aku cadangkan kepada hangpa yang nak mai Perlis 2017 ni..try mai kat sini. Aku setakat la..hotel ni lah yang terbaik..mungkin ada lagi baik. Dan..mungkin ada pengalaman manis bagi mereka yang pernah menginap di sini..mungkin juga pengalaman pahit.....masing-masing ada pengalaman kat sini. 

Ada satu lagi hotel yang aku nak buat ulasan...pasai aku nak bawa anak-anak mandi kolam hotel Seri Malaysia. Bila call..pekerja dia habaq..kolam tutup..dok repair tak siap lagi...patutnya cuti sekolah..hat ni la kami sebagai ibu bapa nak bawa anak-anak mai hotel ni..so..aku pun bawa juga nak-anak mai Perlis tapi booking hotel lain...tunggu aku review pasai hotel ni....

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online