Thursday, December 22, 2016

Tahun Aku Melawat Perlis 2016 ( Hotel Pertama )

Tahun 2016 merupakan tahun melawat perlis bagi diri aku. Tahun ini sahaja aku menginap lebih 8 kali di hotel negeri Perlis. Justeru, aku boleh review hotel mana yang terbaik bagi mereka yang ingin melawatPerlis 2017 boleh lah buat panduan. Mungkin pengalaman aku tak sama, tapi kalau dah lebih 5 kali aku datang  jalan-jalan ke Perlis ni, boleh laaa buat panduan.

Baiklah, kali pertama aku menginap di salah sebuah hotel di Kuala Perlis. Aku call direct ke hotel tersebut. Memang senang aku dapat. Hotel ini suatu ketika sangat gah, zaman aku dok kerja lama dah, dok dengar pasai hotel ni. Aku pun try lah semalam tidoq situ. Lepaih tu, aku tak  pi dah tidoq situ. Ada cerita dia. Pasai berhantu ka.....ada kisah berantu ni...tapi baru sebulan dua ni ja aku dengaq...sebelum ni aku tak gugel pasai hotel berantu.

Pasai aku tak mau pi dah hotel tu sebab nampak muram dan kusam. Orang pun tak mau pi. Aku rasa macam aku saja yang menginap kat hotel tu. Nak kata takut, dak juga sebab aku tak tau kisah berantu. Bila aku book dua bilik, ingatkan dapat bilik jauh-jauh, rupanya dapat bilik sebelah-sebelah saja. Uishhhh senang sangat ni..rupanya tak dak orang pun...esok pagi bangun awai..pi breakfast...hadoiiiiii...makanan dia sangat teruk. Aku pun besa dok hotel mahai-mahai..banyak hotel aku dah pi, tapi hotel ni sarapan pagi, gelas dia bau lipas...uishhhhh...awat ayaq sejuk dia bau lipas. Sendiri mau ingat laaa...kalau benda tak guna lama, lipas buat sarang...hangpa pun tau kan maksud aku...benda tak guna lama....jadi mati selera aku pagi tu..teruih keluaq pi cari nasi lemak belah kola Perelih...
      Satu lagi pasai depa dok cerita ayaq merecik kot muka..baru sehari dua ni aku tau. Rupanya betoi...kalau tak caya..hangpa pi menginap di aras 3..bilik aku tak ingat tapi mengadap laut...nampak masjid kola perelih. Muka aku kadang-kadang ada ayaq merecik, aku dok kata ayaq ekon, tapi ayaq ekon mai kot mana...sungguh..aku tak muhong....tapi benda aku tak tau...aku boleh tidoq juga..cuma anak aku masa tu baru setaun...tak boleh nak tidoq.Cuma aku nak bagi tau, aku tak akan menginap lagi kat hotel tu..melainkan aku kena kursus kat situ...memang koi seramm dan suram...pemilik hotel ni tak mau nak buat bagi elok. Kalau mai time cuti, ramai yang menginap nak pi Langkawi..depa tak tau kot..agak aku laaa...last sekali aku parking kereta ja kat hotel ni nak p Langkawi...bayaq laaa...time cuti sekolah nak pi Langkawi...mana nak ada parking.
Baiklah...hotel ni ialah Hotel Putra Brasmana kat Kuala Perlis. Mungkin ada yang melalui pengalaman manis di sini dan ada pengalaman yang tak berapa manis. Hat bulan madu mungkin manih serupa harummanih...kepada yang nak rasa pengalaman menginap di sini..silakan..aku rasa..hotel ni sentiasa ada bilik kosong...aku bagi link pasai hotel tu brantu...nah hotel seram


Cantik kan hotel ni..masa dia gah dahulu..tapi la ni...pihak pengurusan macam tak jaga...aku sambung review hotel lain plak kat Perlis.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online