Saturday 27 August 2016

BAHASA MELAYU UPSR 2016

Lebih kurang seminggu lagi murid tahun 6 akan menghadapi peperiksaan UPSR format baru. Justeru penulis ingin mengingatkan sekali lagi bahawa kertas Bahasa Melayu juga mengalami perubahan dalam peperiksaan nanti. 
    Untuk kertas 1 terdapat dua bahagian iaitu bahagian A yang terdiri daripada soalan berbentuk sistem bahasa dan soalan pemahaman. Bahagian ini terdapat 20 soalan berbentuk objektif. Bagaimana hendak menjawab soalan ini, murid perlu mengira julat atau nisbah jawapan dalam soalan. Umum mengetahui penggubal soalan pastinya akan menggunakan JSU soalan utk membina soalan. Justeru itu pastikan murid-murid anda mendapat julat sebegini? A 5 B 5 C 5 dan D 5... Atau sebaliknya A 6 B 4 C 5 D 5. Penulis cuma memberi tips menjawab soalan, yg pasti calon upsr perlu membaca soalan dan menjawab dengan betul. Cuba kira nisbah jawapan tersebut.
     Seterusnya bahagian B yang terdiri daripada 5 soalan. Dan markah keseluruhan ialah 30. Bagaimanakah cara utk menjawab soalan di bahagian B ini. Ini ialah format baru, justeru calon pastikan boleh membaca dan mengisi tempat kosong dengan baik. Untuk soalan 21 pastikan calon dapat mengisi jawapan dengan tepat atau menggariskan jawapan dengan tepat. Seterusnya untuk soalan 22 calon perlu bijak membina soalan atau jawapan juga calon perlu menguasai peribahasa. Slogan dan kata-kata hikmah. Penulis tidak mahu mengulas panjang bahagian ini. Apa yg pasti, jika ingin lulus dengan baik, pastikan anda mendapat 25/30 markah. Jika tidak, anda tidak dapat memperoleh A dalam subjek ini. Pastikan calon menjawab semua soalan. Kali ini penulis hanya memberi tips bagaimana menjawab soalan bahagian kertas 1 Bahasa Melayu. Jika ada kelapangan, penulis akan memberi tips mudah untuk lulus dan cemerlang kertas 2 Bahasa Melayu. Untuk yg mempunyai anak dan calon upsr 2016, kita telah berusaha. Bertawakal dan berserah kepadaNya.

Bertenanglah Menghadapi UPSR.




            Untuk calon UPSR 2016, kita telah bersedia kerana pelbagai usaha telah dilakukan. Pastikan kesihatan anda berada dalam keadaan yang terbaik. Kita perlu ingat, ya betul UPSR bukan boleh membawa kita masuk universiti dan juga memberi kerja yang hebat, tetapi kita perlu ingat inilah ujian untuk kita selama berada di sekolah rendah. Jika kita hanya menganggap ujian ini hanya suka-suka, maka kita sebenarnya telah banyak membazir masa dan tenaga kita. Betul...hidup kita pada masa hadapan belum tentu lagi berjaya atau tidak. Cuma pastikan kita buat yg terbaik untuk peperiksaan awam sekolah rendah ini. 

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online