Tuesday 6 October 2015

Tikus Hidung Babi

Tikus Hidung Babi

Kita biasa mendengar mengenai tikus yang sememangnya banyak. Pelbagai gelaran diberikan kepada tikus-tikus yang kita kenali. Namun di Indonesia sekumpulan penyelidik mengenai tikus telah menemukan spesis baru tikus iaitu tikus hidun babi.  Tikus hidung babi ditemui di hutan dara Sulawesi dan tugas penyelidik mencari tikus ini bukanlah mudah. Penyelidik tempatan bekerjasama dengan Lousiana State University dan Muzium Victoria dalam mencari tikus ini.


Tikus ini mempunyai hidung seperti babi, justeru digelar tikus hidung babi. Selain itu, bulu yang tebal di bahagian saluran kencing juga terdapat pada tikus ini. Tikus biasa panjnag bulu dibahagian  itu hanya lima sentimeter sahaja, tetapi tikus ini mempunyai bulu yang sangat panjang.




Nama siantifik bagi tikus yang baru dikenali ini ialah Hyorhinomys Stuempkei. Nama gen " Hyorhinomys diambil dari perkataan "hyro" yang bermaksud " babi". Manakala "rhino" pula bermaksud "hidung" dan "mys" pula bererti tikus.


Sementara itu, perkataan "Stuempkei" diambil dari nama samaran Gerolf Steiner, Harald Stuempkei. Beliau ialah penulis buku fiksyen The Snouter yang mengisahkan tentang tikus yang terdedah kepada radiasi sehingga hidungnya panjang.
Jika ingin mengetahu lebih lanjut sila baca mengenai Tikus Hidung Babi.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online