Sunday 11 October 2015

Sebiji Pil RM380


Kuala Lumpur: “Mujur ada badan bukan kerajaan (NGO) yang sanggup membekalkan pil berkenaan secara percuma walaupun harganya RM380 sebiji, jika tidak pasti saya tidak mampu sihat seperti hari ini.
“Boleh kata pil itu penyambung nyawa saya, tetapi tentu semua itu berlaku hanya dengan izin Allah,” kata pesakit kanser darah dan sum-sum tulang, Abdul Aziz Zakaria, 73.
Menurut warga emas itu, ketika disahkan mengidap penyakit Leukemia Mieloid Kronik (CML) tiga tahun lalu, dia terus teringat peristiwa adik rakan yang meninggal dunia akibat leukemia beberapa tahun lalu.
“Waktu itu, saya reda kerana tahu tidak ada ubat bagi merawat kanser, tambahan pula saya ada terbaca tentang fasa pertama penyakit CML seperti saya hanya mempunyai jangka hayat antara tiga hingga lima tahun.
“Bagaimanapun, saya bersyukur apabila doktor memberitahu terdapat sejenis ubat yang boleh merawat CML, tetapi terkejut apabila diberitahu harga sebiji pil RM380,” katanya ketika ditemui di sini.
Bukan Pil Ini.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online