Saturday 17 October 2015

Bintang NBA Rebah Di Pusat Pelacuran Kerana Viagra Herba.

Dunia dihebohkan oleh berita bekas bintang NBA Lamar Odom tak sedarkan diri di pelacuran setelah minum makanan tambahan "viagra herba". Sebenarnya apakah viagra herba itu?
Sihat Dengan Bersukan Pun Boleh Rebah Penagan Pil Viagra


Viagra adalah ubat yang diluluskan FDA untuk mengatasi disfungsi erektil. Sementara ada juga makanan tambahan yang dijual bebas mendakwa mengandungi "herbal alami" tetapi tidak diluluskan FDA (Food and Drug Administration, badan keselamatan ubat dan makanan di AS) dan tidak menjalani uji keselamatan.

FDA sudah mengatakan herba untuk keperkasaan lelaki ini tidak menjelaskan kandungan dalam bungkusan. Oleh kerana itu pasti sukar bagi masyarakat untuk mengetahui apa kandungan di dalamnya.

Apakah produk itu selamat? FDA mengatakan sudah mengeluarkan amaran kepada pelanggan di awal Oktober ini yang mengandungi kebimbangan mengenai banyak produk. Ujian-ujian makmal dari FDA membuktikan hampir 300 produk makanan tambahan untuk keperkasaan sebenarnya mengandungi bahan-bahan ubat yang tidak didedahkan.
Pil Kuat

"Bahan itu termasuk bahan aktif sama yang dijumpai dalam ubat preskripsi dalam ubat yang diluluskan FDA untuk mengatasi disfungsi erektil seperti Viagra, Cialis dan Levitra," kata FDA.

Meracik dan mencampur bahan aktif dapat bertindak balas dengan buruk apabila seseorang juga mengambil ubat lain.

Pengguna harus berhati-hati dengan produk-produk alternatif untuk mengatasi disfungsi erektil yang mendakwa berkhasiat dalam 30 hingga 40 minit seperti yang dituntut ubat-ubat dengan kelulusan FDA.

Ubat-ubatan ini mengiklankan melalui e-mel spam. Ubat yang mengaku herba ini kebanyakan mempunyai label dalam bahasa asing atau diberi amaran dan cara pemakaian meniru ubat yang diluluskan FDA.

"Kami mendapati banyak sekali jumlah produk ini yang dijual secara dalam talian dan di kedai-kedai runcit," ujar Gary Coody, koordinator bidang pemalsuan ubat dari FDA dalam satu kenyataan yang menyertai update pelanggan FDA.


"Dadah itu sering dijual dalam ukuran sekali minum di pam petrol atau mesin jual automatik. Kami sudah mendapati pil, kopi, gula-gula getah atau jalur oral larut yang mengandungi bahan ubat tersembunyi atau bahan kimia yang belum diuji," tambahnya.

Sumber: Kompas.com

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online