Thursday 22 October 2015

Berbogel Di Gunung Dan Pantai Mahu Mencabar Undang-Undang?

BEBERAPA foto yang memaparkan pelancong asing didakwa dari China bergambar bogel di tepi pantai dipercayai di Sabah pula menjadi viral di media sosial.
Tunjuk Pungkok Berani Laaaa......


Foto yang memaparkan tujuh lelaki berbogel membelakangkan kamera sambil seorang wanita lengkap berpakaian mengadap kamera dipercayai dirakam di Pulau Sibuan, Sabah, baru-baru ini.


Memetik laporan BH online, Ketua Polis Daerah, Superintendan Peter anak Umbuas berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penyebaran gambar itu beberapa hari lalu dan masih menyiasat sama ada foto terbabit dirakam di Semporna atau sebaliknya.


"Pihak polis akan mendapatkan kerjasama pihak Taman-taman Sabah (TTS) serta pengusaha pelancongan bagi mengesan identiti semua mereka yang terbabit.

Adakah tindakan berbogel ini semata-mata mahu mencabar undang-undang Malaysia. Benar, negara luar yang membenarkan orang ramai berbogel kerana hak asasi mereka. Namun di Malaysia dan sesetengah negara, perbuatan ini merupakan tindakan kembali ke zaman batu di mana manusia tidak mempunyai pakaian. Berkemungkinan perkara ini berlaku disebabkan undang-undang Malaysia sememangnya ketat bagi mereka yang ingin telanjang. menunjukkan kemaluan kepada orang ramai serupa tindakan binatang. Apapun, kepada pelancong asing yang ingin sangat berbogel, mohon cara baik daripada kerajaan Malaysia, maklumkan mengapa ingin berbogel dan rakyat Malaysia boleh bagi sokongan dan jadikan ia sebagai acara siaran langsung. Satu dunia boleh lihat gambar bogel anda.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online