Saturday 26 September 2015

Makan 5 Jenis Makanan Untuk Perut Rata



Siapa yang tidak mahukan perut lebih rata? Untuk memperolehnya, boleh dilakukan dengan mengambil makanan sihat dan lazat berikut ini. Inilah 5 makanan untuk perut lebih rata:

Yogurt Yunani 


Menurut kajian tahun 2009 yang disiarkan pada Journal of Nutrition, protein sangat baik untuk menjaga berat badan kerana penghadaman lebih lama sehingga kita kenyang lebih lama dan beberapa kalori boleh terbakar. Yogurt Yunani rendah lemak mengandungi protein dan bakteria probiotik lebih banyak dibanding yogurt biasa. Protein dan bakteria tersebut membantu menyerap nutrisi lebih banyak dan juga melancarkan penghadaman.


Lemak ikan


 Salmon, kembung, dan tuna merupakan ikan yang kaya protein dan omega 3, menjadi kombinasi baik untuk meningkatkan rasa kenyang dan menghancurkan lemak sehingga menyokong program penurunan berat badan. Kajian yang diterbitkan pada International Journal of Obesity mendapati bahawa orang-orang yang mengambil tiga hidangan lima auns salmon per minggu sebagai sebahagian daripada diet rendah kalori, berat badannya turun sehingga 2.2 pounds dibanding mereka yang tidak menambah ikan dalam dietnya.


Epal 


Salah satu dari 5 makanan untuk perut lebih rata adalah epal. Buah ini mengandungi serat unik bernama pectin yang mengembangkan bakteria usus yang sihat yang membantu meningkatkan metabolisme tubuh. Pectin juga menyerap air saat melewati sistem pencernaan sehingga meredam rasa lapar.


Telur 

Putih telur dapat membantu kita mempunyai perut rata kerana mengandungi protein yang tinggi, penting untuk membina dan mengekalkan otot perut yang sihat dan kuat. Tubuh tidak boleh menghasilkan asid amino tertentu sehingga sangat penting untuk mendapatkan protein lengkap dari sumber makanan yang berkualiti seperti telur.



Beri 

Berbanding buah-buahan lain, beri mempunyai kandungan gula yang rendah tetapi kaya serat. Jadi, satu gelas berry boleh mengenyangkan perut walaupun mengandung sedikit kalori. Plus, semua serat itu boleh membantu menghilangkan perut kembung kerana menjaga sistem pencernaan dengan baik.Itulah 5 makanan agar perut lebih rata. Selamat mencuba!

Sumber: Kompas.com

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online