Thursday 21 August 2014

Telur Ini Besar Sungguh

Biasanya orang akan melihat telur burung kecil sahaja, namun bagi sesetengah daripada kita belum lagi pernah melihat telur burung yang sangat besar. Untuk penggemar burung dan telur masak kicap, anda dijemput untuk melihat sendiri bagaimana besarnya telur burung ini. Saya agak teruja untuk melihat sendiri burung ini di hadapan mata dan besar mana telurnya.
Telur Burung Unta Yang Disusun Pekerja

Kebetulan, pusat pertanian di Sungai Siput Perak dibuka pada waktu itu, saya singgah sebentar untuk melihat burung yang paling besar dalam kelasnya. Akhirnya dapat juga saya melihat telur burung dan juga burung tersebut.

Burung Unta 



Kepada mereka yang berminat dan ingin melihat serta membeli telur burung unta, bolehlah singgah di Pusat Pertanian Ipoh Perak. Anda pasti teruja apabila masuk ke dsalam pusat pertanian tersebut. Bukan sahaja burung unta yang ada, malah pelbagai binatang lain juga terdapat di situ.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online