Wednesday 20 August 2014

Anak Jackie Chan Ditangkap Kerana Ganja

Anak lelaki pelakon Hollywood Jackie Chan ditangkap kerana kes dadah. Jaycee Chan (31) dan bintang filem Taiwan Kai Ko (23) ditangkap Khamis minggu lalu, kata polis Beijing dalam satu kenyataan di jejaring sosial rasmi mereka.

Polis berkata kedua-dua lelaki itu dinyatakan positif dadah ganja dengan barang bukti 100 gram dadah yang ditemui di rumah Chan.

Penangkapan mereka dilakukan selepas polis memulakan operasi pembasmian narkotik.

Sejumlah selebriti tempatan sudah lebih dulu mendekam di penjara kerana kes yang sama.
Pada bulan Jun Presiden China Xi Jinping meminta "usaha keras" untuk mengatasi penyalahgunaan dadah.

Gao Hu (40), yang bermain di filem Zhang Yimou "The Flowers of War" (2011) ditangkap awal bulan ini kerana pemilikan dadah ganja dan methamphetamine.

"Jika ada peningkatan razia narkotik, jumlah selebriti yang ditangkap juga akan meningkat," kata Hu kepada Beijing Times pada 14 Ogos.

Bulan lalu, 42 pengurusan artis di Beijing menandatangani perjanjian dengan polis untuk tidak merekrut selebriti dengan masalah dadah.

Sumber: Kompas.com

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online