Wednesday 16 July 2014

Messi Tidak Layak Kata Maradona


Pemain legenda Argentina, Diego Maradona dengan lantang menilai  Lionel Messi tidak layak meraih gelaran Pemain Terbaik Piala Dunia 2014.

Jelasnya, pemilihan bintang Barcelona itu hanya bertujuan pemasaran semata-mata dan bukannya impak yang ditunjukkan oleh Messi dalam kempen Piala Dunia kali ini.

“Saya boleh beli 'syurga dan bumi' kepada Messi tetapi apabila ada individu yang terlibat dengan pemasaran mahukan dia merangkul anugerah tersebut sedangkan dia tidak layak, ia tidak adil,” katanya.

Messi dipilih sebagai pemain terbaik keseluruhan walaupun pasukannya tewas tipis 0-1 di tangan Jerman, kelmarin.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menilai Messi wajar dianugerahkan trofi Bola Emas hasil daripada pimpinan cemerlang penyerang licik itu sehingga membolehkan Argentina melangkah ke pentas final.

Messi meledakkan empat jaringan di peringkat kumpulan namun, kehilangan bisa di peringkat kalah mati sehingga di pentas final.

“Saya dapat lihat Messi juga tidak mahukan anugerah tersebut dan tidak mahu mengambil trofi itu,” kata Maradona yang pernah meraih gelaran sama pada Piala Dunia 1986.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online