Tuesday 29 July 2014

Kadar Tol Harus Dikaji?

Johor Bahru: Kerajaan diminta membuat satu kajian terperinci berkaitan kadar kenaikan tol Tambak Johor yang bakal berkuat kuasa pada 1 Ogos ini.

Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan langkah kerajaan menaikkan kadar tol sehingga lebih 400 peratus.

Menurutnya, kadar tol baru itu akan memberi kesan kepada penduduk Johor yang bekerja di Singapura.
Katanya, beliau minta supaya kerajaan dapat menangguhkan dulu kenaikan kadar tol berkenaan sehingga satu kajian terperinci dilakukan.

“Saya sendiri tidak faham dengan alasan kenaikan kadar tol berkenaan yang jelas membebankan rakyat Johor yang bekerja di Singapura, sedangkan mereka terpaksa melalui kesesakan lalu lintas yang teruk setiap hari.

“Selain itu, jika alasan kenaikan kadar tol itu disebabkan pembinaan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL), ia sesuatu yang tidak masuk akal memandangkan ia adalah projek penswastaan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata, EDL adalah projek penswastaan dan seharusnya kerajaan mendapat manfaat atas pembinaannya untuk disalurkan semula kepada rakyat bukannya kaedah syarikat kaut keuntungan.

Menurutnya, walaupun Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan mereka yang tidak melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bangunan Sultan Iskandar di sini, tidak dikenakan bayaran tol, ia tidak adil kepada mereka yang menggunakannya pula, tetapi terpaksa menanggung kos pembinaan EDL.

Sumber: Harian Metro

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online