Wednesday 16 July 2014

Bersolat Pun Ditegur


BAYAN BARU: Pelakon dan koreografer tarian, Adam Corrie mendedahkan beliau pernah ditegur dan dipandang serong kerana menunaikan solat berjemaah dengan isterinya di lokasi penggambaran.

Menurutnya, teguran secara terbuka dan dalam nada keras itu dibuat oleh rakan Islam sendiri yang merasakan tindakannya mengganggu jadual penggambaran.


"Apa salahnya saya dan isteri berjemaah kerana bukanya lama, sebentar saja.  


"Ayat yang dikatakan itu sampai sekarang masih  saya simpan sebagai kenangan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika bercakap pada forum 'Kahwin Campur' anjuran Hidayah Centre Foundation di Komplek Tabung Haji, Bayan Baru malam tadi.


Mengakui kecewa dengan teguran diterima itu, beliau mengingatkan orang Islam agar menjadi contoh yang baik kepada saudara baru yang baru memeluk Islam.


Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri yang sentiasa menyokong dan memahami beliau sebagai saudara baru.


Menurut Adam, isteri beliau Fazima Mohd Fuad sentiasa berada disampingnya dan mengingatkannya tentang tanggungjawab agama .

Sumber: Harakah Daily


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online