Sunday, November 10, 2013

Suspek Utama Tembak Pegawai Ambank Ditahan


KUALA LUMPUR: Suspek utama kes tembak mati pegawai AmBank di Subang Jaya pada bulan lalu ditahan di Johor pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, suspek itu ditahan pasukan Cantas Polis Diraja Malaysia di Kampung Tanjung Belungkor, Kota Tinggi, kira-kira jam 7 pagi ini.

"Penahanan suspek utama berkenaan, polis menganggap kes terbabit selesai," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Suspek warga Indonesia itu disyaki berada di Kota Tinggi dalam usaha untuk meloloskan diri ke negara jiran melalui laluan tikus.

Perairan Johor sering menjadi tumpuan pintu masuk keluar penyeludupan manusia membabitkan Malaysia-Indonesia termasuk dijadikan laluan transit haram warga Afghanistan untuk ke Australia.

Sumber: Harian Metro

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online