Thursday, November 7, 2013

Sah , Intan Azura Isteri Pertama


Lama tidak mendengar perkhabaran terbaharu tentang Intan Azura, dramatis yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Namun, baru-baru ini pihak Kosmo! secara eksklusif perkhabaran yang dramatis berusia 35 tahun ini baru sahaja melangsungkan perkahwinannya di Setiawangsa, Kuala Lumpur pada minggu lalu dengan seorang lelaki bernama Rashdan.

Kosmo! turut menerima sekeping gambar perkahwinan mereka yang bertarikh 2 November 2013. Intan dan suaminya memakai busana pengantin berwarna merah jambu.
Lelaki yang didakwa menjadi suami kepada Intan merupakan seorang pengurus operasi sebuah kilang telekomunikasi di Hulu Kelang, Selangor.

Apa yang menjadi tanda tanya, Intan dikatakan berkahwin sebagai isteri kedua, bahkan majlis tersebut juga disembunyikan daripada kakitangan tempat lelaki itu bekerja.

Bagi mendapatkan pengesahan lanjut, Kosmo! menghubungi suami Intan. Ketika menghubunginya, Rashdan kedengaran terkejut dan cuba mengelak daripada memberi sebarang jawapan dengan alasan dia bukannya artis.

Disoal adakah benar dia telah berkahwin dengan Intan, jawapan yang diberikan: “Saya tidak mahu memberi sekarang komen ,tetapi saya tidak menafikan atau mengiyakan berita itu. Rasanya saya tidak sesuai untuk menjawab soalan itu kerana saya bukannya artis.”

Meskipun mengelak daripada memberi pengesahan tentang perkahwinannya, Rashdan menafikan yang Intan berkahwin sebagai isteri kedua.

“Kalau dia berkahwin, apa yang pasti bukan sebagai isteri kedua, sebaliknya isteri pertama,” katanya. Baca seterusnya....

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online