Wednesday 6 November 2013

Chicharito Akan Tinggalkan Manchester United



PENYERANG Manchester United, Javier Chicharito Hernandez kecewa apabila kerap disisihkan dari kesebelasan utama.

Malah dia sudah bersedia angkat kaki meninggalkan Old Trafford.

Sumber tersebut diperolehi dari akaun Twitter  rakan baik Chicharito, Meksiko Carlos Vela mendakwa pemain dari Mexico itu akan mempertimbangkan untuk meninggalkan The Red Devils sekiranya tiada tempat dalam pasukan itu.

Vela yang juga penyerang Real Sociedad berkata, dia tidak faham mengapa pemain sebaik Chicharito tiada tempat dalam pasukan sedangkan dia mempunyai kualiti dan naluri 'pembunuh' yang baik ketika bermain.

"Saya berharap dia akan diberi peluang untuk lebih banyak bermain kerana beliau adalah salah satu 'finisher' terbaik di Liga Inggeris.

"Jika tidak, banyak kelab-kelab ternama dan besar mahu mendapatkan Chicharito ketika ini," katanya.

Sumber: Sinar Harian

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online