Sunday 13 October 2013

Tunggang Motosikal 170km Tanpa Lesen Hendak Sambut Aidiladha


Tapah: Seorang remaja berusia 19 tahun yang dalam perjalanan balik ke kampung bagi menyambut Aidiladha, ditahan sepasukan anggota polis trafik selepas didapati menunggang motosikal sejauh 170 kilometer tanpa lesen.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah malam semalam, remaja terbabit yang bekerja di Kuala Lumpur mengambil risiko menunggang motosikal tanpa lesen dan cukai jalan sah untuk pulang ke kampung di Gurun, Kedah.

Hasrat itu bagaimanapun tidak kesampaian apabila dia ditahan sepasukan 41 anggota Polis Trafik Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah yang melakukan ‘Ops Cantas Trafik’ di Kilometer 332, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran kawasan Rawat dan Rehat, Tapah.
Operasi bermula jam 10 malam kelmarin dan berakhir jam 4 pagi semalam itu bertujuan mengenal pasti pemandu ingkar serta menyalahi peraturan jalan raya ditetapkan.

Ketua Operasi Deputi Superintendan Dali Wahid berkata, remaja terbabit mendakwa mahu pulang ke kampung untuk berhari raya dengan menunggang motosikal lebih 400 kilometer.

Menurutnya, remaja itu antara 165 penunggang motosikal, pemandu kereta, bas dan lori yang dikenakan saman sepanjang operasi besar-besaran itu dilakukan.
“Polis turut menahan 18 pemandu bas ekspres yang mempunyai waran tangkap sebelum ini. Mereka masih membawa penumpang walaupun menyedari dikehendaki polis atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online