Saturday 12 October 2013

Trak Sampah Terbesar Di Dunia




MINSK 11 Okt. - Syarikat automotif Belarus, Belaz menghasilkan trak sampah terbesar di dunia, yang menyamai berat 37 buah bas bertingkat, sekali gus bakal mencatat rekod Guinness Book of Records.Trak yang dikenali sebagai Belaz 75710 didedahkan kepada umum hari ini, mempunyai ketinggian 7.9 meter dan panjang 19.8 meter serta mampu membawa kira-kira 450 tan sampah. 

Trak gergasi itu juga mempunyai keupayaan mengangkut sampah melebih 90 tan, berbanding muatan yang boleh dibawa trak besar lain yang dihasilkan oleh Belaz.Belaz 75710 turut dilengkapi dua enjin diesel berkembar dengan 4,600 kuasa kuda (bhp), menyamai empat buah kereta Bugatti Veyron SuperSports Walaupun membawa muatan penuh, kenderaan itu masih berupaya mendaki kawasan cerun tajam dengan kelajuan 40 kilometer sejam.

Selain itu, trak Belaz 75710 dicipta dengan keupayaan bekerja di kawasan yang mempunyai suhu sehingga 50 darjah celsius serta di lokasi yang mempunyai ketinggian 4,876 meter.Trak gergasi berkenaan akan mula dijual pada 2015 dan kini masih diuji di tapak perlombongan arang batu di Bachatsky, Siberia yang merupakan kawasan perlombongan paling teruk dan sukar di dunia. - AGENSI

Petika: Utusan Malaysia

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online