Tuesday 22 October 2013

Timbalan Menteri Diugut Kongsi Gelap?


Shah Alam: Tiga lelaki yang dipercayai terbabit dengan kes ugutan terhadap Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan ditahan di dua tempat berasingan kelmarin dan semalam.Semua lelaki berusia 35 hingga 43 tahun itu ditahan di Hulu Selangor, kelmarin dan Tanjung Malim, Perak awal pagi semalam.

Difahamkan, SMS ugutan bunuh diterima Timbalan Menteri itu dihantar individu yang tidak dikenali pada 16 Oktober dan Ahad lalu.

Mereka yang mendakwa daripada kumpulan kongsi gelap itu menghantar SMS itu dipercayai menakut-nakutkan Kamalanathan.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, mangsa membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatannya sejurus menerima SMS ugutan berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam. 

Sumber: Harian Metro

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online