Thursday, October 3, 2013

Tikus Raksasa Dipanggang, Dikukus Dan Enak Dibuat Sup


Budaya masyarakat di sini memang menjadikan tikus sebagai makanan. Justeru, tikus-tikus yang berkeliaran di daerah ini pasti tidak akan selamat. Ada tikus gergasi yang menjadi santapan penduduk di daerah ini baru-baru ini.

Cerita daripada akhbar Harian Metro:

Hunan: Petani di sini menangkap dan membunuh seekor tikus raksasa yang mengganas di pedalaman Shaoyang dan memakan ikan, menurut akhbar Sanxiang Metropolis Daily.

Mereka mendakwa melihat tikus besar itu menerkam seekor ikan seberat 3 kilogram dari kolam sebelum mengepung dan membunuh haiwan seberat 5 kilogram dan satu meter panjang.

“Dua pisau patah ketika memotong daging tikus itu sebelum dimasak”, kata petani.
Tikus menjadi makanan ruji di Guangdong, dihidangkan secara panggang, kukus dan sup.


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online