Thursday 3 October 2013

Penangan Gadis Siam Dan China Penyedap Nafsu



BATU PAHAT - Faktor kecantikan, kelembutan dan ramah melayan pelanggan dimiliki wanita warga asing sering menjadi rebutan pemilik rumah urut di daerah ini untuk menggaji mereka supaya berkhidmat di premis masing-masing.

Malah, terdapat segelintir pemilik yang sanggup mengambil pekerja haram tanpa dokumen sah ke negara ini semata-mata untuk memenuhi kehendak pelanggan khususnya wanita dari Thailand dan China.

Tidak mustahil juga dengan daya tarikan dimiliki, tukang urut wanita terbabit ada menawarkan perkhidmatan tambahan seperti khidmat seks kepada pelanggan yang datang.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresan Batu Pahat, A Latiff A Bakar berkata, jika dilihat dari luaran setiap rumah urut yang beroperasi, tidak nampak seperti melakukan kesalahan.

Menurutnya, bagaimanapun selepas diperiksa teliti oleh pihaknya, mendapati kebanyakan pemilik rumah urut berselindung di sebalik lesen perniagaan yang sah untuk menyediakan urutan batin kepada pelanggan.

Jelasnya, hasil serbuan yang kami lakukan di bandar ini melalui beberapa risikan serta maklumat awam, kelmarin, Jabatan Imigresen Batu Pahat telah berjaya menahan enam warga asing yang bekerja sebagai tukang urut.

“Empat daripadanya ialah warga Thailand dan dua lagi daripada China yang sedang asyik mengurut pelanggan semasa pemeriksaan mengejut dilakukan di dua rumah urut kira-kira jam 5 petang.

“Pemeriksaan berkenaan dilakukan menerusi Ops 6P Bersepadu yang bermula September lalu dan berakhir pada 31 Disember 2013 hadapan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

A Latif berkata, semua wanita warga asing itu kini ditahan untuk proses selanjutnya kerana didapati melakukan kesalahan Peraturan 39 (b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 (salah guna pas lawatan sosial) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (tiada dokumen yang sah).

“Serbuan dan operasi seperti ini akan dilakukan bagi mengatasi kebanjiran warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan mereka selain memberkas pendatang yang tidak mempunyai dokumen yang sah untuk ke nagara ini,” katanya.

Operasi itu dilakukan oleh pasukan penguatkuasaan Jabatan Imigresen Zon Barat Negeri yang diketuai Ketua Penyelaras Operasi Negeri Johor, Masri Adul.

Sumber: Harian Metro

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online