Tuesday 8 October 2013

Pasar Raya Cmart Jitra Runtuh


Pasar Raya ini dibina di kawasan perindustrian. Bagaimana syarikat ini boleh mendapat kelulusan membina pasar raya di kawasan tersebut pun kita naik hairan. Berdegar-degar pihak-pihak tertentu jika sesuatu kawasan dibina pasar raya yang bukan tempatnya. Akhirnya, kerajaan negeri Kedah mengikut kerjaan negeri Terengganu yang kini digelar Darul Runtuh. Bagi penulis yang selalu melalui kawasan ini nampak daripada awal pembinaan bangunan tersebut sehingga siap. 

Walaubagaimanpun penulis belum pernah singgah ke pasar raya ini walaupun jaraknya tidak sampai 1km daripada rumah saudara penulis. Belum lagi bangunan ini siap pun penulis sudah lalu di kawasan itu. Tapak asalnya adalah sebuah bagunan atau kilang ubat jika tidak salah penulis lah. Apa yang penulis perhatikan, struktur bangunan itu terutamanya bahagian belakang sangat kecil dan tidak dapat menampung berat. Akhirnya telahan penulis betui juga, runtuh dan salah siapa. Siapa yang meluluskan bangunan itu digunakan. Jika tidak salah penulis, sebuah lagi pasar raya akan dibuka di Jitra iaitu Econsave. Mungkin di sebelah Cmart Jitra. Bila mana sudah ramai orang yang mampu, makanya pasar raya tumbuh melata. Tapi aspek keselamatan diabaikan. Untuk makluman pembaca, pasar raya Cmart Yang Paling besar di Kedah rasanya terletak di Aman Jaya Mall di Sungai Petani. Berdekatan susur keluar lebu raya Sg Petani Selatan. Justeru, orang Sg Petani Kena berhati-hati sebab arkitek yang sama yang buat bangunan tersebut.


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online