Thursday 3 October 2013

Parah Ditikam Gara-Gara Berebut Isi Petrol


PETRA JAYA: Gara-gara berebut mengisi petrol, seorang lelaki warga emas parah ditikam seorang pelajar berusia 23 tahun di sebuah stesen mnyak di Jalan Astana di sini, 8 malam tadi

Kejadian berlaku ketika mangsa brusia 63 tahun dikatakan mahu mengisi petrol sebelum tercetus pertengkaran mulut dengan pelajar lelaki terlibat.

Jurucakap polis berkata, suspek dipercayai di bawah pengaruh alkohol kemudiannya mengeluarkan pisau lipat lalu menikam ke perut mangsa.

Katanya, mangsa yang berlumuran darah dibantu pelanggan di stesen minyak berkenaan.

"Keadaan mangsa parah dan dia kini dimasukkan ke unit rawatan rapi manala suspek sudah ditahan untuk siastan lanjut." katanya.

Sumber: Harian Metro

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online