Saturday, October 12, 2013

Murid Tahun Enam Mati Masuk Jerat Sendiri


KUALA KRAI: Tindakan seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bedal, di sini, memasang jerat ayam menggunakan kabel komputer bertukar tragedi apabila dia mati akibat lehernya terjerut, kira-kira 9.15 pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Nuruddin Wahab berkata, Muhamad Idham Yusuf, 12, ditemui mati tergantung pada alang bumbung bahagian dapur rumah mereka di Kampung Bedal di sini oleh kakaknya.

"Pihak polis menerima panggilan kecemasan pada 10 pagi dan mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut, " katanya.

Sementara itu, kakak mangsa Nor Amira Idayu, 15, ketika ditemui di rumah keluarga itu berkata, adiknya mempelajari teknik memasang jerat ayam sejak  seminggu lalu dan mahu mencuba kemahiran itu dengan memasang kabel pada kayu alang rumah mereka.

"Adik guna bangku untuk pasang kabel pada kayu alang rumah. Sebelum itu, saya tengok dia berada di luar rumah lepas itu dia masuk...tidak lama kemudian, bila saya masuk ke dapur, saya nampak dia sudah tergantung dengan kerusi kayu berada di tepinya," katanya.

Sumber: Harian Metro

1 Comment:

Noor Mala Shahar said...

kesiannya..


http://www.noormalashahar.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online