Tuesday 8 October 2013

Indra Putra Mahayuddin Terima Ugutan Bunuh

UGUTAN BUNUH!


 Inilah mentaliti penyokong bola sepak Malaysia. Jika pasukan kalah, tidak dapat menerima hakikat. Ada yang sampai ugut nak bunuh pemain. Terimalah kekalahan, jika kita dapat menerima kekalahan bermakna kita bagus sebab tak selamanya kita akan kalah. Indra terima ugutan bunuh? sudah tentu daripada pasukan yang tidak dapat menerima kekalahan. Tahun hadapan pasukan yang kalah itu pasti akan lebih hebat kerana mereka dapat menerima kekalahan. Pasti...

Kenyataan akhbar Berita Harian:

Kota Bharu: Penyerang Kelantan, Indra Putra Mahayuddin menerima ugutan bunuh yang dikeluarkan dalam laman sosial facebook, kelmarin oleh seorang penyokong bola sepak tempatan.

Penyokong itu dalam laman facebook - tidak berpuas hati dengan tindakan Indra Putra yang didakwa sengaja merempuh penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo - dikatakan mengugut untuk mengupah pembunuh upahan membunuh pemain lincah Kelantan itu bersama pengadil yang mengendali perlawanan berkenaan.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online