Thursday 10 October 2013

Bilal Masjid Mengaku Bersalah Curi Wang Tabung Masjid



Kuala Lumpur: Seorang bilal masjid berusia 17 tahun dikenakan perintah bon berkelakuan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret Kanak-Kanak, di sini, semalam selepas mengaku bersalah mencuri wang tabung masjid berjumlah RM181, awal bulan lalu.

Majistret Norliana Ismail turut mengenakan perintah sama ke atas seorang lagi pesalah juvana yang tidak bekerja dan seorang remaja berusia 19 tahun masing-masing dengan cagaran RM1,000 serta seorang penjamin.

Beliau turut mengeluarkan perintah tambahan iaitu kedua-dua remaja bawah umur berkenaan dikehendaki menghadiri bengkel interaktif anjuran Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mencuri wang berjumlah RM181 milik Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak, Batu Caves dekat sini, jam 12.57 tengah malam, 5 September lalu.

Sumber: Harian Metro

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online